Sebuah Impian

Hidup ni penuh dengan impian dan angan-angan. Semuanya bermula dengan angan-angan yang mendorong semangat kita untuk terus maju ke hadapan.

Betul tak?

Impian kita tidak akan jadi kenyataan tanpa ada usaha yang berterusan. Apa yang penting jangan pernah putus asa. Hari ini kita gagal, besok kita cuba cari jalan lain. Dan jangan pernah berhenti mencuba. Setiap percubaan kita adalah risiko yang kita perlu tanggung, tapi itu lah hakikatnya yang sebenarnya. Tak ada perkerjaan yang mudah di dunia ini. Semuanya memerlukan kesabaran. InsyaAllah berkat kesabaran kita. Suatu hari nanti pasti kita akan mencapai impian dan angan-angan kita.

Apa yang boleh membuatkan kita semangat?

Satu benda yang paling peting ialah jangan lupa siapa yang bagi rezeki kepada kita, sebab segalanya datang daripada DIA. Maka, niatlah sesuatu itu kerana Allah bukan hanya untuk kesenangan di duina semata-mata. Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dipinjamkan sehingga ke hari ini. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan kita dan sentiasa lah bersangka baik di atas setiap yang terjadi. Allah menguji kita berbagai cara, tetapi semua ada hikmah di sebaliknya.

Jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi kepada kita, lain orang lain rezeki yang Allah bagi, kita tidak tahu bertapa peritnya seseorang itu nak berjaya. Maka, ambillah ia sebagai satu semangat untuk kita turut ingin berjaya. Jangan simpan sikap iri hati, sebaliknya jadikan ia sebagai pendorong semangat kita. " Dia boleh buat, kita pun boleh jugak", yang penting jangan pernah berhenti berusaha.

Bila kita ada lebih kita boleh tolong orang  yang lebih memerlukan, itulah saham akhirat yang akan kekal bersama kita. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh_Nya dan moga kita berjaya di dunia dan juga akhirat.

_Always positive thinking

Senarai Semak Borang Nikah

Assalamualikum..

Hari ni Adda nak share sikit senarai semak sebelum korang nak submit borang nikah nanti apa lagi yang perlu kita lampirkan bersama.

Semoga Segalanya Dipermudahkan. Amin.


Malunya aku pada Engkah yang telah berikan aku penglihatan sedangkan mata ini melihat kepada kemaksiatan yang telah berikan tangan yang sempurna tapi masih tegar melakukan perkara yang Engkau murkai, yang telah diberikan sebuah hati tapi bukan meletakan Engkau yang pertama yang telah diberikan telinga tetapi masih mendengar kepada perkara yang melalaikn yang telah diberikan mulut tapi berkata perkara yang sia-sia.

Pendosa

Aku bermula dari kosong, bangun dari kegelapan mencari cahaya. Aku mencari semangatku sendiri. Usaha pandang aku seperti aku tidak punya dosa. Usah mencari salah dan silap ku kerana aku baru sahaja ingin memulakan perjuangan ini. Tiga tahun aku mencuba, tapi kau mahu aku jadi seperti bidadari syurga? Mana mungkin. Kerana kau tidak pernah tahu bertapa beratnya aku berjuang  untuk menjadi hamba_Nya.

** Tuhan tolong bukakan pintu hati ini, berikan Rahmat & Hidayah_Mu pada aku. Tiap kali aku imbasi jalan hidup ku yang berliku, penuh gelap dan dosa. Ketakutan merantai jiwa aku, berat hati aku menanggung segala dosa-dosa. Usah biarkan hidupku terus hanyut lagi. Tanpa redha dari_Mu aku sakit. Menahan segala rasa pedihnya berdosa. Mengharap keampunan dari_Mu. Seringkali aku hanyut dibawa arus. Seringkali itu juga aku mengharap pengampunan dari_Mu. Peliharalah hati dan anggota ini dari terus melakukan maksiat. Jauhkan aku dari segala yang membuatkan aku jauh dari_Mu. Tetapkan hati dan kasih aku hanya pada_Mu & Rasul_Mu. Aku penat. Bantulah aku dalam mengejar Redha_Mu. Berilah aku keampunan, terima amal ibadahku serta Taubatku. Matilah aku saat aku beribadah di jalan_Mu. Amin.

Hati ibarat lilin

Hanya LILIN yang hidup mampu menghidupkan lilin yang lain. Lilin yang mati, takkan mampu menghidupkan lilin yang lain.

Begitu juga HATI kita.

Andai hati kita hidup, dakwah kita, tulisan kita, percakapan kita, tingkah laku dan qudwah kita akan memghidupkan hati orang lain dan menjadi asbab hidayah untuk diri mereka.

Namun, andai kita kerap berdakwah, namun di satu sisi, kita sering bermaksiat, tak jaga ibadah, kurang qiamullail, jarang baca quran, tak komited solat jemaah, takut-takut, dakwah kita tu tak mampu menembus hati masyarakat.

Lalu, apa akan jadi?

Kita rasa, dakwah kita ni menaikkan islam dan meninggikan islam.

Rupa-rupanya, dakwah kita itu akhirnya setakat menaikkan diri kita sahaja, meninggikan populariti, followers dan pengikut sahaja, dan masyarakat tak berubah dengan dakwah yang kita lakukan.

Moga Allah ampunkan kita.

Moga Allah pelihara hati kita semua

#tbs

Hati semakin tenat.


Tiap hari, kena azam untuk jadi lebih baik.

Tiap hari, kena azam untuk tingkatkan ibadah pada Allah.

Tiap hari, kena azam untuk baiki akhlak dan bermanfaat untuk orang sekeliling.

Tiap hari, kena azam untuk tinggalkan maksiat dan perbaharui taubat lagi dan lagi.

Tiap hari, kena azam untuk tingkatkan dakwah dan komitmen kita dalam tarbiah.

Tiap hari, kena azam untuk banyakkan membaca dan menuntut ilmu sedikit demi sedikit menggunakan segala saluran yang ada.

Tiap hari, kena azam untuk baiki segala kelemahan, tingkatkan segala kelebihan, banyakkan muhasabah diri, bergaul dengan rakan sekeliling, meminta nasihat, memberi nasihat, dan menjadi hamba yang terbaik insyaAllah.