Hidup ni penuh dengan impian dan angan-angan. Semuanya bermula dengan angan-angan yang mendorong semangat kita untuk terus maju ke hadapan.
Betul tak?
Impian kita tidak akan jadi kenyataan tanpa ada usaha yang berterusan. Apa yang penting jangan pernah putus asa. Hari ini kita gagal, besok kita cuba cari jalan lain. Dan jangan pernah berhenti mencuba. Setiap percubaan kita adalah risiko yang kita perlu tanggung, tapi itu lah hakikatnya yang sebenarnya. Tak ada perkerjaan yang mudah di dunia ini. Semuanya memerlukan kesabaran. InsyaAllah berkat kesabaran kita. Suatu hari nanti pasti kita akan mencapai impian dan angan-angan kita.
Apa yang boleh membuatkan kita semangat?
Satu benda yang paling peting ialah jangan lupa siapa yang bagi rezeki kepada kita, sebab segalanya datang daripada DIA. Maka, niatlah sesuatu itu kerana Allah bukan hanya untuk kesenangan di duina semata-mata. Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dipinjamkan sehingga ke hari ini. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan kita dan sentiasa lah bersangka baik di atas setiap yang terjadi. Allah menguji kita berbagai cara, tetapi semua ada hikmah di sebaliknya.
Jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi kepada kita, lain orang lain rezeki yang Allah bagi, kita tidak tahu bertapa peritnya seseorang itu nak berjaya. Maka, ambillah ia sebagai satu semangat untuk kita turut ingin berjaya. Jangan simpan sikap iri hati, sebaliknya jadikan ia sebagai pendorong semangat kita. " Dia boleh buat, kita pun boleh jugak", yang penting jangan pernah berhenti berusaha.
Bila kita ada lebih kita boleh tolong orang yang lebih memerlukan, itulah saham akhirat yang akan kekal bersama kita. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh_Nya dan moga kita berjaya di dunia dan juga akhirat.
_Always positive thinking