Apa yang kita faham tentang perkahwinan?
Ramai orang yang nak kahwin awal. Kerana apa? Kerana terpengaruh dengan drama-drama Melayu yang hero ala ala Mr Perfect 10!
Apa tanggungjawab kita sebagai wanita selepas kahwin? Basic.
- Jaga makan minum
- Basuh baju, kasut
- Mengandung, jaga anak
- Kemas rumah, mop lantai, sapu sampah, laman rumah lagi
Ingat lepas kahwin boleh nak keluar enjoy dengan kawan-kawan macam waktu bujang dulu. Lepas balik kerja kena masak, basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah, tgk homework anak, iron baju suami n anak dll. Penat! Then masa tu baru kita sedar yang kahwin ni buka macam drama tv yang kita selalu tengok.
"Kahwin nak elak maksiat?"
Kita nak menghalalkan sesuatu hubungan adakah hanya kerana nafsu semata-mata? Bukan untuk menyempurnakan ibadah? Kebanyakan bila ditanya akan jawab jawapan macam dekat atas tu. Then bila dah lepas nafsu tanggungjawab yang lain macam mana pula?
Perkahwinan ni mestilah seiring dengan ilmu pengetahuan dan kekuatan mental kita mengawal emosi, bukan tengok orang lain sweet kita pun nak meroyan sweet juga, kita tak tahu di sebalik takbir tu pinggan mangkuk pun dah terbang dalam rumah.
Andai kita yakin kita dah bersedia dari segi ilmu dan kemampuan diri. Maka teruskan niat itu, InshaAllah niat yang baik Allah akan bantu.
Moga kita sentiasa dibawah lindungan_Nya.
No comments:
Post a Comment