Mata asyik pandang buruk orang saja. Hari-hari mampu cermin diri berhias tapi lupa nak cermin hati sendiri. Pelik?? Dulu kita pernah jahil, pernah juga buat dosa. Tapi bila dah berhijrah, terlalu mudah untuk kita meludah dan menghina pada yang belum berhijrah. Lupa yaa?? Dulu kita pun macam tu, malah jauh lebih teruk. Allah Maha Adil. Mungkin Dia bagi kita jadi baik sekarang, Tapi siapa tahu kerana keangkuhan dan kejahatan mulut kita Allah uji kita balik lagi macam dulu. Sebab tu lah hati kena sentiasa bersyukur dan minta taufik dan hidayah. Bukan bila sekali dah berubah terus tak minta. Yang sentuh hati kita untuk berubah itu Allah. Manusia hanyalah wasilah. Jangan bongkak! Sabar, berlapang dada. Berilmu, mendoakan dan berdakwahlah secara baik bukan kasar, Dekatkan hati kita sendiri dengan Allah terlebih dahulu, barulah Allah akan lapangkan hati kita untuk melapangkan hati manusia yang untuk mendekati Allah. Masya_Allah moga diri ini akan sentiasa merendah diri dan terus istiqomah ke jalan_Nya. Hasiihh.. Sesak nafas mak! Sebak! Nak Nangis! Menangis itu bukan melemahkan tapi memberikan kekuatan pada diri ini untuk terus bersabar atas ujian Allah. :')
Tiba-tiba layan Selama Ku Bernafas. MOTIF!! hahahaaa
_gadismerahjambu_
_diariSeorangHamba_
No comments:
Post a Comment