Aku bermula dari kosong, bangun dari kegelapan mencari cahaya. Aku mencari semangatku sendiri. Usaha pandang aku seperti aku tidak punya dosa. Usah mencari salah dan silap ku kerana aku baru sahaja ingin memulakan perjuangan ini. Tiga tahun aku mencuba, tapi kau mahu aku jadi seperti bidadari syurga? Mana mungkin. Kerana kau tidak pernah tahu bertapa beratnya aku berjuang untuk menjadi hamba_Nya.
** Tuhan tolong bukakan pintu hati ini, berikan Rahmat & Hidayah_Mu pada aku. Tiap kali aku imbasi jalan hidup ku yang berliku, penuh gelap dan dosa. Ketakutan merantai jiwa aku, berat hati aku menanggung segala dosa-dosa. Usah biarkan hidupku terus hanyut lagi. Tanpa redha dari_Mu aku sakit. Menahan segala rasa pedihnya berdosa. Mengharap keampunan dari_Mu. Seringkali aku hanyut dibawa arus. Seringkali itu juga aku mengharap pengampunan dari_Mu. Peliharalah hati dan anggota ini dari terus melakukan maksiat. Jauhkan aku dari segala yang membuatkan aku jauh dari_Mu. Tetapkan hati dan kasih aku hanya pada_Mu & Rasul_Mu. Aku penat. Bantulah aku dalam mengejar Redha_Mu. Berilah aku keampunan, terima amal ibadahku serta Taubatku. Matilah aku saat aku beribadah di jalan_Mu. Amin.
No comments:
Post a Comment