Palestin!


   Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 64 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli.
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan..Bersyukur kita di negara Malaysia masih dalam keadaan yang aman, tetapi adakah kesyukuran itu terlintas di hati kita semua atas apa yang kita kecapi hari ini.. Jika benar kamu mensyukuri nikmat yang diberi_Nya ini, kenapa masih ada manusia yang ingkar akan perintah Allah SWT...?" Aku percaya! jikalau negara kita turut dijajah oleh Zionis tak akan ada istilah berfoya-foya dalam kamus hidup kamu semua, pasti semua berada dalam ketakutan seperti mana yang dirasakan oleh saudara seIslam kita di bumi Palestin.. Jika tidak mampu menyumbang, cukuplah sekadar mendoakan agar bumi Islam itu terus utuh dan kuat.. Allah SWT Maha Adil, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri, hari perbalasan itu pasti, kematian itu wajib!


_noorshuhadasuid_

No comments: