sahabat

Allah lah yang memberi seseorang kekuatan untuk berubah, untuk meninggalkan cara hidup yang bercampur antara iman dan kufur kepada cara hidup yang luhur.
.
Berubah bukan mudah. Dan aku sudah menyaksikan berpuluhan manusia yang berhempas-pulas mahu keluar daripada kepompong jahiliah. Belum pun dicecah kaki keluar, sudah bertimbun caci-maki, perli-memerli, tidak kurang yang menghina kepada niat yang murni ini.
.
Atas sebab itu, aku turut menyaksikan, ada antara mereka yang belum pun sempat menjejakkan kakinya keluar dari kamar jahiliah, tetapi sudah kembali semula ke dalam. .
Kerana apa?
Kerana dahsyatnya yang dinamakan penangan lisan oleh teman. Yang mencaci, yang menyindir, yang menghiris hati dengan kata-kata yang tidak lunak didengar ini bukan siapa-siapa melainkan mereka ini semuanya ahli keluarga, sahabat akrab, teman sejalan!
.
Ketika mana dibukakan pintu oleh Allah Taala kepada adik-adik, sahabat akrab, untuk berubah kepada kebaikan. kamu bertindak menutup pintu Allah yang dibuka untuknya. Kamu hempas pintu yang dibuka Allah untuknya sehingga kuatnya tindakan kamu telah melukakn rasa kasih dan sayang serta hati sahabat, sehingga bekasnya kalau dirawat pun tidak akan hilang pada sakitnya. Sampai hati.
.
Ketika mana sahabat kamu mahu menyambut rindu yang dihulurkan oleh Sayyidina Rasulullah dan membalas cintanya, kamu mengajak ia berpaling dan curang! Kamu jadi ‘orang ketiga’ yang mahu meruntuhkan kebahagiaan yang hendak dibina oleh sahabat yang kamu mengaku sayang.
.
Apakah kata sayang kepada sahabat kamu selama ini, yang kamu sebutkan ‘BESTFRIEND FOREVER’, ‘uhibbuki fillah’, ‘bestfriend till jannah’ itu semua cuma sebut-sebut saja, bukan benar pada buktinya. Kerana bukti cinta dan sayang itu adalah keinginan untuk forever sehingga nun di syurga Allah. .
Kalaupun tidak suka pada kebaikan, janganlah jadi penyebab terhalangnya kebaikan dibuat. Moga kita semua menjadi golongan yang beruntung kerana mendapati ada dalam kalangan teman-teman kita adalah orang soleh/solehah yang dikasihi Allah.


_noorshuhadasuid_
_diariSeorangHamba_

No comments: