Cinta itu amanah

Jangan menyiksa diri dengan terlalu menginginkan sesuatu, kerana terkadang yang kita cinta itu bukan untuk kita. Setiap orang sudah ditentukan apa yang baik dan tidak untuknya. Ada sebab kenapa orang tu sudah dapat bahagia, dan kita masih jauh dari bahagia. Tuhan akan datangkan bahagia bila kita dah bersedia. maka katakan pada diri, "jangan tanya bila Allah nak beri bahagia, tapi tanyalah apa yang telah aku buat untuk meraih bahagia itu?" Kerana Allah akan hadirkan bahagia bukan ketika kita sepi, tetapi ketika kita telah bersedia memikul tanggungjawab. Ingat, cinta itu amanah. Dan amanah, pasti akan dihisab kelak di akhirat.

_noorshuhadasuid_
_diariSeorangHamba_

No comments: