Ikhtilat?

Ikhtilat : percampuran
Segi bahasa : pergaulan dan percampuran antara lelaki dan wanita ajnabi.

Clear?

Hukum ikhtilat?

Adakah hukum ikhtilat ialah Harus, dan boleh jadi HARAM jika berlaku beberapa perkara.

Jawapannya :
Hukum asal ikhtilat ialah HARAM! Dan, boleh jadi HARUS jika berlaku beberapa perkara iaitu DARURAT dan HAJAT.

DARURAT ni macam kita nk selamat kan nyawa org tu laa.. kot2 nak terjatuh dari bangunan ka. So.. boleh la pegang tapi sampai melepasi bahaya ja laa.. kalau lebih tu dh jadi HARAM.

HAJAT ni macam kita berurusan jual beli, melakukan kerja kehakiman, menjadi saksi, tujuan perubatan, melayan tetamu bila ada suami,dlm kenderaan awam,menimba ilmu dan sewaktu dengannyan.

ITU SAHAJA!

Yang jadi Haram bila berlaku beberapa perkara, maka akan berleluasalah ikhtilat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan ats alasan :

"Aku tak pegang2 pun!"
"Kitorang just kawan ja!"
"Alaa.. bukannya naik nafsu syahwat pun!"

Mustahil andai kita berurusan dgn berlainan jantina atas alasan kawan misalnya, tidak menggangu hati kita. Akhirnya, sedar tak sedar kita seronok bila sembang dgn berlainan jantina, rasa semacam, rasa happy. Hakikatnya itulah nafsu. Selagi boleh berhubung sesama jantina maka utamakan yang sesama jantina.

"Adakah lelaki dan perempuan yg berkawan hanya berkawan tanpa ada niat lain?

95% menjawab :

"Tidak! Actually, dalam hati ada rasa suka, rasa lain, rasa syahwat,dan yang masa waktu dengannya."

Jangan tipu diri sendiri laa. Lagi2 lelaki. Bak kata ulama :
"Kalau seorang lelaki mengatakan bahawa dia tak rasa apa2 bila melihat perempuan, lelaki tersebut penipu besar, pembohong besar!"

Bermakna, HAKIKATNYA! Lelaki dan perempuan yg menjaga ikhtilatlah BUKTI mereka berukhwah! Lelaki dan perempuan yg galak, sembang-sembang, gelak-gelak bagi atas alasan ukhwah, itu bukan ukhwah, tu namanya ikhtilat!! Ukhwah mereka hanyalah palsu dan merosakkan islam. Dan langsung tak membawa kpd kebangkitan islam! Kalau betul korang berukhwah, sepatutnya korang akan jaga ikhtilat dan jauhinya.

Lelaki tahan diri dari bersembang dan berikhtilat. Perempuan jual mahal dari mesej bagai dgn lelaki. Itulah ukhwah. Lelaki menghormati perempuan dgn menundukkan pandangan dan menjaga ikhtilat, bergitu juga wanita. Inilah ukhwah!

Akan ada sambungan lepas ni.. nak g mengaji bohhh!! :) Semoga mendapat manfaat. Teguran ini adalah utk diri aku sendiri dan utk kita semua guna pakai tak kira la lelaki atau perempuan. Rasa tak macam kena baling batu kt muka dgn ayat2 ni. Kalau tak rasa memang hati tu ada masalah! Hahahaaaa

#TarbiahSentap

No comments: