Golongan ini pun tak terlepas juga dari post tentang cintan cintun ni, cumanya dalam versi bajet islamik. Post hari-hari sampai naik muntah pelangi.
Saya tak kata salah dan berdosa besar post tentang cinta,
tentang calon suami soleh / isteri solehah la,
atau tentang alam perkahwinan la,
pesanan untuk bakal suami / isteri la,
kata-kata semangat untuk para mujahid / mujahidah impian la,
atau apa-apa la.
Tetapi kena dengan situasi sendiri la seperti dah nak kahwin, atau paling tidak pun jangan lah post perkara-perkara ni kerap sangat.
Ini tidak, penuh newsfeed dengan benda-benda ni. Hari-hari post benda yang sama, kahwin, cinta, bla bla bla. Boleh muntah pelangi kawan..
Sedangkan banyak lagi kerja dakwah tarbiah nak kena buat, sebab ummat hari ni makin melarat. Di tambah pula pendakwahnya buat hal.
Aiseh.
Ini baru dalam Facebook yang open, belum lagi yang personal inbox (PM) atau sms. Murabbi kami cerita (berdasarkan cerita ikhwah ni), ada yang sebelum pergi usrah tu, siap sms lagi.
Contoh (tiada kena mengena dengan sesiapa)
Muslimat : “Enta nak pergi usrah ye? Hati-hati ye. Nanti kalau sempat, enta sharing la pada ana apa yang enta dapat. Jaga diri. Ukhuwah fillah abadan abada.”
Muslimin : “Ye, ana nak pergi usrah. Enti pun jaga diri. Jangan lupa baca buku atau buat benda berfaedah ye. Nanti kalau sempat, ana cerita apa yang ana dapat. Minggu depan enti pergi mukhayyam (perkhemahan) kan? Jaga diri. Ukhuwah fillah abdan abada aidhon”
Itu satu contoh la yang murabbi kami tunjuk.
Ada lagi contoh lain yang saya jumpa daripada seorang sahabat saya di Universiti XYZ (dirahsiakan nama Universiti), ada segelintir muslimat ini siap buat flyers yang berbunyi lebih kurang macam ni ;
“Kami kaum hawa merindui derapan tapak kaki para mujahid soleh menuju solat berjemaah..”
Aduh…. Berat nanang.
Tepuk dahi.
Ada juga segelintir yang rajin sangat post tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus mengenai bab cinta ni. Padahal ada saja perkara lain yang UAI cakap perkara lain yang lebih penting, tetapi tak nak diambil peduli.
Dan macam-macam lagi la contoh yang korang nampak sendiri di sekeliling korang. Geleng kepala
Maka sesiapa yang merasakan dia di jalan dakwah tarbiah ini, maka mereka kena ingat yang kita akan hadapi antara 4 tentangan besar,
1) Syaitan
2) Wanita
3) Hawa nafsu
4) Masa
Sebab tu ada murabbi pesan (lebih kurang);
“Ana takkan respek antum semua yang berada di jalan dakwah ini sehinggalah antum semua melepasi dua ujian besar, iaitu ujian kerjaya dan rumahtangga. Jika antum dah hadapi dua perkara ni, kemudian masih berada di jalan dakwah, bahkan lebih “aggresif” lagi, ana respek pada antum..”
Kemudian, saya teringat ada seorang ikhwah pernah nasihat pada saya (lebih kurang) ;
“Macam-macam ciri yang diperlukan untuk melantik seseorang dalam bahagian pimpinan meskipun hanya dalam peringkat kampus, antaranya adalah menjaga ikhtilat..”
Ye, ikhtilat atau pergaulan.
Memang kena jaga. Kalau nak mujahadah dengan ikhtilat pun dah tewas, macam mana nak tegakkan Islam yang Syumul (menyeluruh) yang memerlukan mujahadah lagi dahsyat?
Kena sentiasa ingat bahawa kerja dakwah ini takkan pernah terhenti, dan kerja ini sangat banyak hingga sepatutnya tak sempat nak bercinta bagai (baca pesanan Imam Hassan al Banna tentang dakwah).
Kalau orang yang betul-betul memahami dan menjiwai jalan dakwah tarbiah ini, tiada masa untuknya berfikir banyak kali siapa yang perlu jadi sayap kiri atau bakal isterinya. Apatah lagi nak berikhtilat bagai. Kalau hendak bernikah sekalipun, cukuplah bakal isterinya faham tugas dakwah tarbiah yang dia lakukan dan dapat membantu dia. orang yang betul-betul memahami dan menjiwai jalan dakwah tarbiah ini, tiada masa untuknya berfikir banyak kali siapa yang perlu jadi sayap kiri atau bakal isterinya. Apatah lagi nak berikhtilat bagai. Kalau hendak bernikah sekalipun, cukuplah bakal isterinya faham tugas dakwah tarbiah yang dia lakukan dan dapat membantu dia.
No comments:
Post a Comment