Zaman sekarang susah nk cari sekolah pondok yg ZUHUD. Sebab sekolah pondok pun ikut peredaran zaman, dah jadi sekolah pondok moden. Kalau nk yg zuhud boleh la g kt Madrasah Al Diniah Al Bakriah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bahru, Kelantan. Pondok kt sini masih mengekalkan tradisi dulu kala. Duduk rumah pondok, makan ramai2 dalam talam dan macam2 lagi lah. Sini mengajar kita hidup yg SANGAT-SANGAT bersederhana. Makan apa yga ada ja. Tidur bertilamkan papan. Mandi? Kami pakai air sungai@bukit gitu lahh.. Itu lah air utk mandi, basuh baju, minum, masak dll lagi. Semua pakai ambik air dalam kolah mandi tu ja. Korang mampu minum air dalam kolah rumah korang tu? Tu pun yg dh tapis, ini air fresh2 dtg dri bukit sana. Tapi Alhamdulillah sihat ja minum. Kalau nk air mineral boleh ja beli kt kedai umi. Setakat ni semua Alhamdulillah, tenang kt sini. Boleh tingkatkan amal ibadat. Dok sini macam terpisah dgn dunia luar sana, tak payah nk fikir masalah bagai, kalau dok luar sana macam2 nak fikir, macam2 nak beli. Dok sini keja dok fikir macam mana nak cari redha Allah, macam mana nak perbaiki diri dll tapi semua tu terletak pada niat seseorang tu la macam mana. Kalau niat nk dtg belajar betul2 insyaAllah segala dipermudahkan. Semua dengan izin_Nya. Syukurlah pd Dia sebab memilih kita utk ke sini utk mempelajari ilmu agama_Nya dri mengejar ilmu duniawi yg tak kan pernah cukup. Apa pun kita kena yakin yang rezeki tu dtg dari Allah, tapi kena ingat jugak yg Allah tak kn beri kepada hambaNya yang tak usaha dan malas. Itu sahaja.. Sekian, Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment