Takdir Allah untuk aku

Bermula dgn datang utk berjumpa kawan2 dekat kL, tinggal selama 5hari lebih kurang macam tu la, tiba-tiba dapat panggilan temuduga di STANDARD CHARTERED. Pergi la memcuba nasib dekat situ. Then dia mintak kerja kt ShahAlam then dia akan call selepas tu, bila fikir balik alahai jauhnya ShahAlam.

Bila otw balik singgah makan dekat Aeon, tiba-tiba dapat call dari Premier Property Sdn Bhd, dia mintak datang iV keesokan harinya, dah la esoknya nak balik kedah dah, disebabkan iV tu pagi, flight plak malam, sekali lagi mencuba nasib dekat situ.

Keesokan harinya bawak beg utk balik kedah siap2 la, mak tanya "kalau dapat macam mana?" Then dgn yakin ckp " tak balik la jawabnya". Mak hantar sampai TBS, iV jam 12 tghri. Semangat g letak beg kt TBS dulu sebab malas nak angkut berat2. Lepas iV nak g jalan2 jap then g ambik beg terus g airport.

Sampai ja tmpt iV tu dh krik..krik.. sebab tak study apa pun, tak yakin pun akan dapat, bila dalam proses iV tu macam2 soalan ditanya, then kena typing bagai plak, agak mcm siput sikit la kita punya typing. Lambat!

Bila dah siap typing dipanggil semua staff situ berkumpul, semua mengadap ke arah kita, hanya mampu tersenyum kepalsuan, dalam hati Allah ja tahu perasaan tu. MALU! SEGAN! dan sewaktu dgnnya. Panel tu pun tanya pendapat staff yg lain, mereka no hal katanya. Then panel tanya "bila you boleh start kerja?" (dlm hati "aku dpt ka?") then yakin jwb, "Isnin depan". Then panel say "Kenapa Isnin depan? Isnin depan saya xde, sy pergi Taipei. Esok la u start kerja. Boleh?" ME: "haaa..Esok? errrrrrr... Boleh".

Then, bila keluar ja dari ofiss tiba-tiba frust, sbb hati dh ada dekat kedah. Masin mulut mak, then masin jgk jawapan aku. Ter'burn la tiket flight tu. Then, call abah cakap dpt kerja kL, abah gelak ja tapi sbgai anak aku faham sangat la sebenarnya hati dia menangis. Then aku janji akn balik minggu dpnnya. Cukup 10hari kerja kL barulah dapat balik kedah walaupun sekejap.

So the moral is bila Allah dah tetapkan itu untuk kita jangan la mengeluh, sebab tulisan Allah tak pernah silap untuk hamba_Nya. Sepatutnya kita bersyukur dengan nikmat dan peluang yang diberi. Sentiasa berbaik sangkalah pada Allah, semua yg terjadi ada hikmah yg hanya Dia Yang Maha Mengetahui diats setiap sesuatu yg berlaku. Alhamdulillah.. sekarang baru aku sedar nak cari rezeki tu tak mudah, memang rezeki Allah dh tetapkan, tapi masakan rezeki datang tanpa ada usaha. Tidak! rezeki datang seiring dengan usaha kita, cuma perlu banyak bersabar dan sentiasa mensyukuri nikmat yg dipinjamkan ini.

Dear Shuhada, please take noted! Sabar, bersabar dan terus bersabar. 😊

No comments: