Bila turn kita?

Assalammualaikum..

Ucaplah Alhamdulillah. Syukur kerana Allah masih beri nikmat iman pada kita.

Kematian tu boleh berlaku bila-bila masa ja. Adakah kita telah bersedia bila datang malaikat menjemput kita bertemu dengan Allah kelak? Bayangkan semasa di dalam kubur nanti, waktu tu kita keseorangan. Kita diperlihatkan dengan amalan sepanjang kita hidup di dunia.

Adakah kita bersedia untuk melihat sendiri aib dan dosa yang telah kita lakukan?

Dosa tinggalkan solat, dosa tengking mak ayah, dosa mengumpat sahabat handai, dosa melihat aurat orang lain dan pelbagai lagi dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Bersediakah kita menghadap Allah dalam keadaan demikian?

Allahuakbar! Tak guna rasa mulia dengan dosa bila hidup di dunia tapi jijik bila bertemu Allah!

Apa persiapan kita menuju kematian?

Janganlah sesekali leka untuk siapkan bekalan akhirat. Bertaubatlah, takutlah dengan Allah. Kembalilah kepada Allah. Sungguh! Allah Maha Pengampun. Dia pasti terima kita dengan penuh kasih sayang.

Nak tak nak ja untuk kita kembali. Jangan ego. Jangan sombong.

Moga bila tiba waktunya kita pergi tinggalkan dunia, Allah sambut kita dengan penuh kerinduan.

_Warkah buat diriku yang Jahil (-_-,)

No comments: