Mengapa bersedih?
Lihatlah pada riwayat hidup Nabi, susah senang baginda tetap tersenyum.
Baginda kehilangan semua yang tersayang, baginda masih tetap tersenyum
Mengapa bersedih?
Adakah masih tidak terisi perut kita dengan segala nikmat yang diberikanNya walaupun kita sering meninggalkanNya
Mengapa bersedih?
Adakah anda seorang sahaja yang ditimpa masalah sedangkan berjuta manusia lain juga menghadapi dugaan, tambahan pula ujian adalah tanda sayangnya Allah Taala pada kita
Mengapa bersedih?
Bukankah anda seorang mukmin? Mukmin akan sentiasa bersangka baik dengan Allah Taala walau bagaimana pun ujian Dia kepada mereka
Lalu mengapa anda bersedih?
Mengapa selalu bersedih?
Sedih sangat ke keadaan sekarang berbanding manusia yang lebih berat ujiannya?
Bangkit
Dirikan solat
Mohon keampunan
Bersangka baik dengan Allah
Redha dengan ketentuanNya
Teruskan hidup...
"Kerana mukmin itu tenang dan sabar dalam apa jua keadaan..."
No comments:
Post a Comment