Kafarah

Masa yang ditunggu pasti akan tiba. Doktor menetapkan tarikh 9hb Jan 2016 untuk membuang ketumbuhan ini. Tanpa keluarga di sisi. Tanpa teman. Hanya kiriman whatsapp dari keluarga tercinta.

Ini lumrah kehidupan. Tak selamamya aku perlu menyusahkan keluarga yang telah banyak berkorban demi aku. Di sini aku belajar pelbagai corak kehidupan. Aku mula sedar hidup ni tak semudah kata-kata ia perlu seiring dengan tindakan. Masa mematangkan kita. Masa membuka mata dan minda kita.

Aku percaya setiap sesuatu yg terjadi dalam hidup kita sudah tertulis jalan ceritanya. Moga kesakitan ini membawa pergi dosa-dosa yg pernah aku lakukan. Aku hanya berserah pada_Nya menentukan segala hal didalam hidup ini. Kerana itulah yg terbaik.

Terima kasih kepada yang sentiasa disisi tika aku sedang suka dan duka.

Terima kasih juga kepada yang hanya disisi tika aku sedang bersuka.

No comments: