MENYIMPAN DENGAN EMAS ?

Macam mana nak simpan duit dengan cara ni?

Senang sahaja! Tiap kali dapat gaji korang target la nak simpan berapa ratus tiap-tiap bulan. Contohnya nak simpan RM200. Ambil duit RM200 tu pergi beli emas, then simpan atau pakai ja emas tu tapi kalau lelaki korang boleh la simpan.

Bezanya simpanan macam ni?

Banyak bezanya. Salah satunya kita disiplin la sikit sebab tak nampak duit depan mata kan? Yang nampak hanyalah emas. Kalau ada duit dalam account ni ada saja benda nak beli. So.. Selamatkanlah duit anda terlebih dahulu. Heheheee..

Beli emas macam mana?

Tak kisah la nak beli apa pun, Subang ka? Cincin ka? Rantai ka? Gelang ka? Locket rantai sahaja ka? tapi ikut bajet kita jugak la. Tak semestinya kita bajet RM200  tu kena beli cukup2 tu, Kadang ada yang terlebih sikit, terkurang sikit. Tapi kalau bajet kita dalam RM200 ke bawah rasanya dapat Cincin gelang rotan ja kot. Its okey asalkan dia boleh jadi saving kita tiap-tiap bulan.

Beli banyak-banyak nak buat apa?

Beli la sebanyak mana yang mungkin kerana anda tidak akan rugi kalau beli emas. Percayalah! If kita ada target nak beli something tapi rasa berat sangat nak simpan duit kan, bila kita rasa saving kita dah cukup kita jual la balik emas tu. Kita jual time harga emas tengah naik. So kita dah ada untung dah dekat situ.

Simple kan? Apa salahnya kalau kita cuba buat saving macam ni pulak, Kalau saving duit tak berjaya kita buat saving emas pulak. Tapi kalau tak berjaya jugak??? Hmmmmmm.. nanti Adda fikirkan cara lain pulak macam mana nak saving.

**But! Make sure anda simpan barangan anda di tempat yang selamat, kalau perempuan boleh la pakai, tapi jangan pakai banyak-banyak tau nanti orang lain nanpak. BAHAYA! Kalau lelaki pandai-pandai la simpan tetapi lelaki better simpan sendiri dari bagi mak or kakak  or adik yang pakai sebabnya nanti bila mereka pakai lama-lama jadi segan plak nak mintak balik. Lumrah manusia memang macam tu. Saya faham! Hhahahaaaa..

SELAMAT MENCUBA!

No comments: