Tika kita mengatakan dia benar untuk aku. Maka dugaan demi dugaan menghempap diri, datanglah pelbagai rasa curiga di hati, cemburu, hadir insan ketiga yang sempurna di mata, hilang kepercayaan serta pertelingkahan dan pergaduhan yang didahulukan. Tanpa usul yang pasti.
Tika itu juga datang satu suara yang berbisik
"Mungkin dia bukan jodoh aku."
"Mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku."
Maka kita tewas di situ dan syaitan terus menang dan menang! Kerana apa? Kerana dia telah berjaya meleraikan ikatan yang menuju kepada Redha Allah S.W.T
Bersabarlah wahai hati dalam pertarungan besar ini. Usah mencari yang sempurna kerana kesempurnaan hanyalah ada pada Allah S.W.T, berusahalah memperbaiki dan melengkapi kelemahan masing-masing kerana kita dicipta sebagai insan yang lemah, dicipta berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.
InshaAllah kita pasti menang!
No comments:
Post a Comment