Nak cari pasangan hidup ni bukan semudah kata-kata. Tak perlulah nak mencari yang berkopiah berniqob bagai. Tapi kalau dapat Alhamdulillah. Taqwa bukan letaknya pada apa yang dipakai tetapi taqwa yang sebenar ialah di dalam hati kita. Jangan kita terlalu melihat kesempurnaan luarannya sahaja, kelak kita akan kecewa apabila kita mengenali dalamanya.
Cukuplah dua-dua mahu belajar agama, sama-sama mahu mencari redha Allah. Tak tahu tanya. Tak faham kita pergi belajar agama sama-sama. Kalau tersilap dan salah sama-sama tegur, dan terima kekurangan kita sebelum dan selepas. Bukan dengan cara tinggalkan dan pergi cari yang lebih sempurna. Hakikatnya tak ada manusia yang sempurna kecuali Nabi.
InsyaAllah andai niat kita ingin mencari redha Allah, pasangan kita pun tengah berusaha untuk mencari redha Allah. Saling mendoakan. Moga Allah jaga orang yang kita sayang. Bertapa beruntungnya orang itu sehingga kita menyebut namanya di hadapan Allah.
Moga Allah pelihara hati dan anggota kita dari melakukan maksiat.
Allah tu Maha Adil. Bila Allah kata Allah bagi, Allah bagi. Tenang yer.
No comments:
Post a Comment