Seronok menangis, sakit menangis, kesian menangis, marah menangis, penat menangis, kena marah menangis, sedih lagi la menangis..
Persoalannya salahkah??
Hati manusia ni sama ja, tapi bezanya adalah rasa yang ada dalam hati kita. Setengah orang keras, setengah orang lembut.
Usah mempersoalkan kenapa diri ini selalu menangis, kerana di sebalik tangisan itulah aku mencari kekuatan untuk menghadap dan melawan segala rasa yang terbuku di dalam hati.
Dengan cara itu kita mampu mengumpul semula kekuatan untuk bangun, untuk melawan dan teruskan rutin harian kita.
Usah malu untuk menangis, kerana sifat malu itu datang dari egomu yang tinggi.
Andai aku tidak menangis lagi, jangan pernah kata aku berubah. Aku cuma pergi mencari bahagiaku sendiri.
No comments:
Post a Comment