" Berjuang Demi Islam "

Cinta kita hanya pada manusia ja ke?

Hidup kita hanya ada luka ja ke?

Dalam hati kita itu sebenarnya apa yang ada?

Cinta Allah atau cinta makhluk

Kerana.
Setiap apa yang kita zahirkan, coretkan. kisarkan.
Banyaknya menjurus cinta manusia dan luka.
Memang akan ada luka bila kita mencintai manusia tanpa halal.
Kerana Allah tak redha.
Mudahnya hati diberi pada manusia.
Mudahnya cinta diberi tanpa 'akad'.
Mudahnya memberikan hati terusan dilukai manusia kerana cinta.
Murahnya cinta??
Buat hati..
Buat diri..
Buat jiwa..
Yang rasa diasing dari dunia kerana luka
Sedarlah..
Masa kita bukan hanya terus untuk berendam luka. 
Tapi tugas berat untuk mencari redha_Nya.
Kita mahu sesuatu untuk bekalan hati akhirat. Jika kita tak mampu berjuang angkat senjata. Usahalah untuk berjuang angkat pena. DEMI ISLAM.

Tulislah sesuatu yang mampu menyedarkan hati kita sendiri dan berguna untuk orang lain InsyaAllah. Syurga itu mahal harganya. Oleh itu, jalan pintas untuk ke syurga adalah berjuang untuk Islam. Bukalah mata hati kita. Lakarkan pelangi untuk generasi mukmin. Moga Allah redha dengan penulisan kita..

_noorshuhadasuid_

No comments: