Istiqomahlah wahai hati!

Permulaan kepada perubahan ini...


Mula-mula memang rasa tak selesa pakai jubah. Pakai tudung labuh cenggini. Pastu nak pakai inner neck lagi, nak pakai stokin lagi, nak pakai handsock lagi. Aduhh banyak susah mehh! Rasa payah sangat kan? Tipulah kalau kita cakap tak panas, kadang-kadang sampai pening kepala bila pakai purdah. Muka tak bernafas, berpeluh! Sampai kadang-kadang susah nak bernafas. Tapi bila kita dah terbiasa pakai macam ni, kita takkan rasa dah semua ni. Matahari panas terik pun takpa sebab kita dah biasa. Takpa la, mungkin kita panas dekat sini tapi dekat sana siapa tahu, mungkin kita yang paling sejuk.Pakaian tak melambangkan kita ni alim, terbaik. Tapi dengan pakaian kita boleh ajak orang. Terkadang pakaian boleh menginsafkan kita. Allah tak melihat pada apa yang dipakai. Tapi apa yang kita usahakan dan apa yang kita lakukan, niat itu yang penting. Mana tahu dia tertarik dengan cara pakaian kita. Nak tarbiyyah diri ni bukan senang. Tapi cuba sikit-sikit. Biar semua kerana Allah SWT...

_gadismerahjambu_

No comments: