Amran dari Allah

Tanggal 28 January 2016 terjadinya satu peristiwa yang mungkin tak dapat aku lupakan. Semasa perjalanan pulang ke Kedah, flight yang dinaiki berlanggar awan tebal, membuatkan flight bergoyang, tapi kali ini sangat luar biasa sampai Cabin crew pun terjatuh kena penumpang, troli dlm tu terhempas ke kerusi penumpang. Filght kejap jatuh kejap naik, then jatuh lagi. Bergegar semua orang dalam tu. Aku memerhati org sekeliling, riak wajah masing-masing risau, takut. Aku hanya diam seribu bahasa, tidak mampu untuk buat apa-apa. Terbayang di fikiran insan yang tersayang. Adakah ini kesudah aku? Lalu aku pejamkan mata dan beristighfar, mengucap dan terus beristighfar. Sepuluh minit berlalu keadaan semakin pulih. Semua orang kembali tenang

Moral?

Andai kata masa kita sudah tiba, kita tak dapat utk menghentikan atau melambatkan masa walaupun sesaat. Bukan sekadar jalan cerita hidup kita sahaja yang sudah tertulis. Ajal kita pun Allah dah tulis.

Persoalannya!

Adakah kita bersedia dengan hanya berbekalkan amalan kita sehingga ke hari ini? Tepuk dada tanya Iman.

No comments: