Nak Masuk Meminang?

Tiba-tiba ja kes ni timbul kan. Motif? Motif dia sebab ada orang nak masuk meminang la. Bukan aku terlalu memilih, ( "memang kena memilih, syurga aku kot! hahahaaa" ) bukan aku simpan sesiapa dalam hati. Bukan! Saya ulangi BUKAN!

Bukan tak percaya 'bercinta selepas nikah' tu. Tapi agak terkejut jugak ada hamba Allah tiba-tiba datang cakap nak masuk meminang. Kenalnya tidak. Lepas tu buat ayat berbunga berantai bagai. Hmmmmm.. Untuk adda, walau tak banyak, sikit pun jadilah asalkan dapat tau pasal orang tu. Kalau betul iyaa pun nk masuk meminang kenapa tak datang terus ke family adda. Ini bukan cara yang terbaik "kot...."

Tanya pada diri tu, betulkah niat tu untuk jadikan sy ni isteri. Mohon jangan tertipu dengan pakaian yang saya gayakan. Kerana sy juga punya kisah silam. Nak pilih pasangan hidup ni bukan utk sehari dua ja, tapi sepanjang hayat kita. Syurga atau neraka? So? "Don't play play with it"

Tak kisahlah siapa pun, andai niat tu benar-benar kerana_Nya. Tak susah pun. Bkn dgn mintak kebenaran pada adda tapi mintaklah pada dua insan teristimewa dalam hidup adda, Mama & Abah kerana mereka berhak di atas diri ini. Kerana redha Allah itu terletak pada redhanya Mama & Abah. InshaAllah, andai Mama & Abah redha, tak ada alasan untuk adda menolak.

Special request :
** Tapi make sure masa nak masuk minang tu beli cincin yang comel tw! Kalau boleh ada batu putih satu atas tu. Jangan letak batu nisan plak. Hahhahaaaaaa..

_Maafkan andai terkasar

No comments: