Sesekali pernah terfikir sampai bila la nak mengharapkan mak n abah ja tanggung. Sesekali belajar untuk berdikari sendiri, cari keja sendiri, tanggung hidup sendiri dan itu lah yang Adda buat sekarang ni. Selepas tamat ja belajar Adda dah mula cari arah tuju untuk matlamat hidup. Kalau ikut hati memang tak nak kerja tapi kena mengharap duit dari mak n abah ja la. Persoalanya! Sampai bila? Umur dan makin meningkat, mati dah semakin hampir, bila lagi nak membalas jasa mak abah, nak bagi mereka kesenangan, kegembiraan. Sakit otak fikir pasal ni.
Then I know my parents still need the old of me"
Old of Me? Maksudnya nak adik yang selalu happy, selalu menangis, selalu sentap bila tak dapat apa yang dia nak, selalu makan banyak tapi tak besar-besar, selalu membebel bila tengok rumah bersepah n pinggan penuh singki, selalu makan tapi tak pandai masak.
Motif utama hari ni?
Nak buat resigned letter. Rasanya ini lah keputusan yang baik buat masa ni, Nak balik cari kerja dekat Kedah. Kesian dekat abah dok rumah sesorng. Makan minum tak ada orang jaga. Malam-malam tak ada kawan teman sembang. Pagi-pagi tak ada orang teman breakfast. Sakit demam tak ada orang tengok. Sampainya hati tinggal abah macam tu! Puncanya sebab nak berdikari la sangat. Sebab terlalu pentingkan diri sendiri.
Sementara diberi peluang untuk terus hidup ni, lebih baik jaga mak abah dulu sebab kita tak tahu bila masa kita akan tiba, samaada kita atau dia yang pergi dahulu menghadap Sang Pencipta. Siapa tahu itu semua rahsia Allah. Bumi pun dah semakin nazak. Tanda-tandanya pun dah jelas kelihatan, tinggal manusia ja tak pernah nak sedar-sedar.
Manusia ni iman dia turun naik, tak ada yang terus menaik dan tak turun-turun, kalau ada itu mesti ada masalah. Hahahahaaa... Kita mohon la agar ditetapkan hati kita semua ke jalan yang Dia redhai. Semoga kita sentiasa dalam lindungan_Nya.
Kedah Mu Tunggu Aku Pulang!
No comments:
Post a Comment