Menabung dengan Bijak

Kalau nak ikut cara Adda menabung ni agak sakit sikit lah. Sebab setiap hari Adda akan simpan lebih dari RM10 sehari. Make sure kita ada banyak tabung that mean kita ada banyak matlamat yang kita nak capai.

Contohnya :

Tabung Sedekah
Tabung Simpanan
Tabung Perkahwinan
Tabung Travel
Tabung Mak/Abah

Macam-macam tabung lagi lah. Tapi Adda just ada tabung Sedekah, Simpanan,Mak/Abah dan Travel ja buat masa ni. Fungsi tabung ni ialah untuk memastikan kita dapat mencapai matlamat yang kita nak capai tapi memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. Kalau nak bawak keluar duit sekaligus memang berat la kan. Don't worry saya pun pernah alami zaman kejatuhan itu. hahahahaaa..

Tabung Sedekah?
Make sure ada tabung ni sebab kita nak pastikan setiap hari kita bersedekah, selepas solat subuh tu kita masukkan lah duit ke dalam tabung sedekah tu, tak kisah la banyak mana pun asalkan kita masukkan then bila hujung tahun or pertengahan tahun gitu kita kira la dapat berapa dan hasil dari duit tu kita beli makanan untuk sedekah pada yang memerlukan. Jangan nakguna plak yer! Pantang ada duit keja nak boros ja manusia ni haaa..

Tabung Simpanan?
Adda simpan sehari RM10. So.......

RM10 x 31hari = RM310 / sebulan

RM310 x 12bulan = RM3,720 / setahun

Banyakkan!

Tabung Mak Abah?
Konsep dia sama ja macam Sedekah, ikut kemampuan kita nak bagi berapa, samada nak bagi dekat mak abah tiap-tiap bulan atau nak bagi setiap akhir tahun. Make sure bagi lah, InshaAllah rezeki kita akan bertambah-tambah dan melimpah ruah gitu.

Tabung Travel?
Kita target tiap tahun kita nak pergi travel ke satu tempat. Kalau tak dapat travel oversea dalam Malaysia pun banyak ja tempat yang menarik. Tak payah nk over plak travelnya. Kita buat takat yang mampu ja sebagai reward untuk diri sendiri sebab berpenat lelah berkerja sepanjang tahun.

End of the Story! Nak simpan tu kena la disiplin sikit. Jangan sesekali korek tabung tu balik erk! Buruk siku namanya.


SELAMAT MENABUNG!

No comments: