PESANAN UNTUK ORANG YANG LALAI MACAM SAYA

Oleh: Aiman Banna.

Kita cinta Allah bukan..?

Bukti kita CINTA ALLAH ialah dengan MENJAGA SOLAT. Solat ialah manifestasi cinta kita kepada Allah azza wa jalla. Buktikan kita cinta Allah dengan sempurnakan solat; sebaik-baik sempurna yang kita mampu.

Jadi, bila kita cinta Allah, kita akan jaga solat sebaik-baiknya.
Kita tidak akan sesekali cuba untuk meringan-ringakan solat dengan sengaja.

Kawan,

Bila kita suka ringan-ringankan solat, ingatlah...

1. Seksaan bukan kat akhirat je.
2. Seksaan direct terus ke dunia pun ada!

---

Di saat kita memikirkan kenapa;

-Orang selalu tak suka kita
-Ramai orang dengki dan benci

Muhasabahlah bagaimana kualiti solat kita...

Di saat kita memikirkan kenapa;

-Kenapa rezeki selalu tak cukup
-Kenapa rezeki cepat habis

Muhasabahlah bagaimana kualiti solat kita...

Di saat kita memikirkan kenapa;

-Masa berlalu terlalu cepat
-Kenapa rasa tak puas kat dunia

Muhasabahlah bagaimana kualiti solat kita...

---

Kawan,

Bila kita ringan-ringankan solat, 
Solat pun tak serious...

1. Segala amalan kita TIADA GANJARAN.
2. Doa TIDAK DIANGKAT KE LANGIT.

----

Ini berdasarkan Hadis Nabi;
Siapa yang meringan-ringankan solat,

Dibalas ke atasnya;
15 jenis seksaan.

6 di dunia.
3 saat kematian.
3 dalam kubur
3 saat bertemu Tuhan

6 seksaan di dunia untuk mereka yang ringankan solat

1. Allah ambil berkat dari usianya.
2. Allah ambil berkat dari rezekinya
3. Allah ambil ciri (tanda) orang soleh pada mukanya
4. Tidak terpelihara Islamnya
5. Setiap amalan di dunia TIADA ganjaran.
6. Doanya tidak diangkat oleh malaikat.

3 seksaan semasa mati untuk mereka yang ringankan solat

1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam kelaparan.
3. Mati dalam dahaga yg amat.

Matinya orang yang ringankan solat ini sehingga jika dituang air yang ada di dunia sekalipun tidak akan hilang dahaganya.

Astaghfirullah!

3 seksaan dalam kubur untuk mereka yang ringankan solat

1. Kubur disempitkan dan Allah suruh para malaikat seksa hingga hari kiamat.
2. Diseksa oleh beberapa ekor ular yang bernama al-Syuja' ak-Akra'
3. Diseksa oleh malaikat yang kukunya drpd besi khasrani. Tangannya ada tukul besi.

3 seksaan ketika bertemu Tuhan untuk mereka yang ringankan solat

1. Allah perintahkan malaikat untuk menyeksanya dengan rantai panjang.
2. Allah tidak pandang kepadanya dengan pandangan rahmat.
3. Tiada pilihan baginya selain mendapat seksaan yang pedih.

---

Solat itu tiang agama.

Siapa yang dirikannya maka dia telah dirikan agama.
Siapa yang tinggalkannya maka seolah-olah dia runtuhkan agama.

Telusurilah Surah Al-Bayyinah, ayat 5: "Dan supaya mereka MENDIRIKAN SOLAT dan tunaikan zakat, dan itulah AGAMA YANG BETUL."

Tadabburlah!

Orang yang solat sepatutnya...
- beradab soleh.
- mahmudah akhlaqnya.

Jika perangai kita hampeh dan kureng, 
Maka muhasabahlah solat kita!

Tiada perbezaan antara muslim dan munafik melainkan dengan perbuatan MENINGGALKAN SOLAT.

Munafiq itu tempatnya neraka...
Na'uzubillah!

Kenal Nabi Muhammad?
Cinta tak kepada baginda?

Rasulullah ada bagi satu nasihat pesanan untuk kita ketika AKHIR HAYAT baginda... Ingatlah ini, ini nasihat ketika roh Nabi sampai pada dadanya baginda berpesan:

"Pesananku kepada kamu, janganlah kamu meninggalkan solat!"

Allahuakbar, solat masih dinasihat diakhir hayat. Tidakkah kita nampak bahawa solat ini benda yang sangat perlu diambil berat!?

"Cinta Allah ke tak?"

Soal kepada diri dalam hati.

"Kalau ya, apa buktinya..?"

Muhasabahlah diri, apa bukti kita cinta Allah?

Kawanku, ini nasihat terakhirku;

Dunia sementara,
Akhirat selama-lamanya!

Kembalilah kepada Allah,
Moga Allah redha akan kita,
Moga Allah kurniakan kita Syurga.

Yang dambakan Syurga seperti kamu,
Aiman Banna,
Seorang hamba.

#AimanBanna
#Inspirasee
#SebarPelangiInspirasi

No comments: