Berperang aku di 'operation room'

Sebab ramai yang dok tanya.

"kak su sakit tak oprate?" Takpun.Semut gigit ja.

"Macam mana boleh kesan ada ketumbuhan?" Tak tau la tiba-tiba rasa ketulan.

"Oprate sedar ka tak sedar?" Tak sedar langsung. Siap mimpi indah. hahaaaaa

Kisahnya bermula bergini ~~~

dah jumpa doktor untuk buat penetapan tarikh operation. Doktor pun dah terangkan risiko-risikonya. Doktor bagi buat pilihan sama ada nak buat operation dalam keadaan sedar atau tak sedar terus, tapi kalau tak sedar terus risiko lebih tinggi. Then I choose untuk tak sedar terus lah. Tak sado lah hati ni nak tengok doktor ramai-ramai, mak ni fobia darah sikit.


Pada hari kejadian, jam 6.30pagi nurse kejutkan dan mintak untuk salin baju. Maka. BERTUKAR! Pakai laa baju warna putih, siap ada topiii. hahhahaaa.. Dan lagi selfie dengan kak pkah. Then dia bagi makan ubat tidur lagi. Masa nak masuk bilik tu tak la rasa takut sebab ditemankan istighfar  bebanyak. Kak pkah dok buat muka nak nangis plak, siapa yg nk oprate ni?? "Adik, kak tunggu hang kat sini tau." Dia bagi ja ayat ni buat jantung terus berdegup kencang, saja nak buat orang sentap, tapi dok kawal perasaan sebak tu sebab nurse ada.


Dan masuk lah aku di dalam operation room. Sejuknya sampai menggigil dibuatnya. Sampai ubat tido pun tak boleh nak lawan sejuknya, tapi mengantuk jugak laa. Dari katil biasa berpindah lah le katil bilik operation tu, sebenarnya katil tu buat2 badan ja, macam dok tengok dalam tv? haaa.. macam tulah katilnyaa. Tiba-tiba tangan kanan kena ikat kat tapi katil! (tempat khas utk letak tangan) Haish. Nak oprate ka nak dera ni? Aku mengamalkan konsep redha ja masa tu, mybe sebab dekat tangan ni ada jarum kot, husnuzon ja. Firstly doc tu cucu ubat masuk kt tangan tu : ubat tahan sakit namanya. Second : Ubat bius! cecair.  Ya Allah bertapa sakitnya masuk ubat ni, sampai aku tarik2 dah tangan tu. Then I know kenapa dia ikat tangan aku. Hmmmm.. sebab ubat ni rupanya. Seeiously! Sakit! Yang sorang dok cucuk ubat, yg sorang suruh sedut gas, Aku tak boleh nk fokus mana satu nak buat, dah mula panik sebab nampak doc ramai semua dah kumpul. Tiba-tiba aku terbatuk...

...................... 4jam berlalu.......................

"Shuhada! bangun.. Shuhada bangun.."
"Shuhada operation dah habis."
"Shuhada bangun.."

Sayup2 ja dengar orang panggil nama. Tapi susah sangat nak buka mata masa tu. Cuba buka mata, tapi beratnyaa. Kabur ja nampak.

"awak dah sedar? rasa nak muntah tak? sakit?"

Hanya mampu menggelengkan kepala. Orang baru bangun dia tanya soalan pepanjang pulak. hmmm..

Selepas selesai semua, balik lah sy ke wad. Maka bermulalah babak muntah memuntah kesan dari ubat bius tu. Makan muntah. Makan muntah. Jujur sy katakn tak rasa sakit sebab ubat bius tu masih aktif, nurse kata tunggu jam 6ptg satg. Tetap ja jam6 mula bedenyut, So berharapkan ubat tahan sakit ja.

Next day, makan tak boleh nak over dah, semua kena pantang. Kalau la mama ada time macam ni mesti dapat makan sedap, air tangan seorang ibu, mana pernah tak sedap kan. Then, mintak utk keluar wad. Penat memujuk doc akhirnya. Bebas dari bau hospital!



**kenapa selepas pembedahan tu rasa sakit anak tekak n lidah berdarah? Doc : masa operation tu awak tak bernafas dengan normal, kami terpaksa buat bantuan pernafasan dgn masukkan paip oksigen melalui mulut sebab tu lidah terluka dan anak tekak bengkak sikit.


_Kerana aku pendosa Allah hidupkan aku hingga ke hari ini.

No comments: