Susah sangat nak buat pilihan?
Susah sangat nak menjaga hati?
Bagi dia kawan melepak tu lebih penting, tak keluar jumpa sehari macam tak lengkap hidup tu. Pada apa yang aku nampak, aku hanya syarat pelengkap sahaja, kalau tak ada pun tak jadi masalah kan?
Bila mana aku merayu utk kau jangan pergi. Bagi kau ia cuma satu rajukan manja yang aku saja ada ada kan.
Mana kata-kata yang kau akan sentiasa ada di sisi ini saat aku ingin berkongsi rasa dan masalah? Bila aku perlukan kau. Kau lebih memerlukan 'sahabat-sahabat' yang kau kata sentiasa ada tika kau susah dan senang
Aku lupa.
Aku hanya orang 'baru' yang hadir dalam hidup kau.
Aku sedar.
Percakapan aku langsung tidak memberi kesan sedikit pun di dalam hati kau. Apa yang kau rasa? Tiada. Apa yang aku rasa? Sakit.
Aku silap.
Silap kerana meletak sedikit harapan bahawa kau akan cuba untuk memahami aku, kata-kata aku, nasihat aku. Tapi ia hanya omongan kosong pada pandangan kau.
Aku penat.
Bila mana apa yang aku katakan tidak membawa kesan kepada diri kau. Aku terduduk diam. Cuba menyelami apa yang kau rasa ketika itu. Ketika kita mengharap seseorang mendengar kata kita tapi langsung tidak membawak kesan kepadanya.
Aku berundur.
Bukan bererti aku lari. Tapi aku tiada daya lagi melawan kata muktamat yang kau berikan. Terserahlah. Moga kau bahagia dengan pilihan kau. Aku sedar tiada hak aku menghalang setiap apa yg kau ingin lakukan. Kerana Aku adalah aku dan Kau adalah kau.
. . . . . . . .
Buat kali ini
"Aku mohon hapuskan rasa ini, bawalah rasa ini pergi, pergi jauh dari hati ini. Hentikan harapan ini, harapan pada yang belum ada kepastian"
No comments:
Post a Comment