Dear MySelf please hadam dan telan benda ni sampai kenyang! Allah bagi pinjam nyawa sampai hari ni pun masih tak jemu dan segan melakukan DOSA!
. . . . . . . . . . . .
"Islam itu gaya hidup, bukannya gaya lilit tudung kat kepala."
. . . . . . . . . . . .
"Islam itu gaya hidup, bukannya gaya lilit tudung kat kepala."
Bismillah, ayuh kita berbicara tentang wanita.
Antara perjuangan tertinggi Rasulullah di dunia ini ialah perjuangkan hak perempuan. Dari kerendahan dan kehinaan masyarakat jahiliah, ditinggikan setinggi langit bahkan lebih tinggi dari itu. SubhanaAllah.
TAHNIAH kepada perempuan sedunia, tapi TAKZIAH kepada perempuan juga kerana apa..?
Buka mata dan lihatlah perempuan disekeliling anda, apakah hasil perjuangan Rasulullah ada dengan mereka? Apakah wujudnya lagi hasil perjuangan Ar-Rasul dalam diri mereka.
Ada, tapi sedikit. Sedikit sahaja yang bersyukur dengan perjuangan Rasulullah itu lalu amalkan dalam kehidupan seharian mereka.
Seperti Firman Allah, "sedikit sahaja di antara hamba-Ku yang bersyukur."
Ya, sedikit sangat yang bersyukur dengan nikmat islam dan hasilnya adanya perempuan yang zahirnya guna tudung tapi tak tutup aurat, masih ber-crush ber-couple, tak jaga ikhtilat(pergaulan) dll. Islam itu bukan pada tudung sahaja akak oi, tapi dalam jiwa dan diamal dalam hidup. Islam itu gaya hidup, bukan gaya lilit tudung kat kepala.
Sedikit sahaja perempuan yang ada rasa malu dalam diri mereka. Padahal sifat malu itu sifat wajib seorang muslimah yang dicintai Allah dan Rasul.
Apa yang saya maksudkan dengan sifat malu ialah bukannya pergi depan kelas untuk presentation malu-malu, itu bukan malu yang sepatutnya TETAPI malu yang sebenar ialah malu untuk buat maksiat, malu untuk malukan islam, malu untuk berinteraksi manja/tak professional dengan ajnabi lalu BERANI untuk berjuang menjulang islam sebagai agama yang tertinggi di duniaini.
Sepatutnya, seorang muslimah bersama dengan ummat ini untuk bersatu tenaga meneruskan rantaian perjuangan baginda. Begini sepatutnya... Namun sebaliknya, ramai sahaja perempuan yang masih tidak kisah tentang masalah ummat sebaliknya memikirkan isu apakah sambungan drama korea yang akan datang... (Na'uzubillah).
Itu sahaja bebelan saya hari ini. Maaf jika terasa.
psst: Bukan untuk muslimah sahaja, muslimin termasuk saya (terutamanya) perlu perbaiki lagi diri. Ingat, lelaki pemimpin perempuan, kalau pemimpin pun 'pondan', maka lemah longlai lah segala apa yang dipimpin. Muhasabahlah.
Yang baik itu semua daripada Allah dan kelemahan dalam penyampaian saya kali ini adalah kerana kehinaan saya sendiri.
Maafkan saya,
Doakan saya.
Doakan saya.
Semoga Allah sayang dan redha,
InshaAllah Allah kurnia kita Syurga.
InshaAllah Allah kurnia kita Syurga.
Aiwah, salam Ramadhan wa salam alaiku
#AimanBanna
No comments:
Post a Comment