Buatlah apa yang terbaik

Hidup kita hanya sekali sahaja di dunia, kerana ianya bersifat sementara dan hanya Akhirat sahaja yang kekal selamanya. Maka buatlah pilihan yang terbaik untuk hidup ini.

Pilihan yang terbaik adalah mengejar redha Allah SWT. Mentaati segala perintah_Nya. Meninggalkan semua larangan_Nya.

Mampukah kita?

Insha Allah, kita mampu mengubah sedikit demi sedikit. Perubahan bukan hanya perbuatan angota sahaja, tetapi perubahan yang sebenarnya bermula dari hati dan niat kita.

Kenapa perlu berubah? Untuk apa kita berubah?

Sudah semestinya ingin mendapat kehidupan yang lebih tenang dan diberkati Allah SWT

. . . . . . .

Aku akui bukan mudah kita ingin menetapkan hati kita pada jalan yang Allah redha. Tambahan aku bukan berlatar belakangkan dari orang yang celik agama. Tapi sampai satu saat aku sedar sampai bila aku harus terus 'membuta' bergini. Bukan sekali aku mencuba tapi berkali-kali. Bila iman aku jatuh, ia terus jatuh tersungkur. Peritnya saat itu. Peritnya menangung dosa. Bersendirian aku menangis.

Aku mula mencari di mana silapnya. Aku mula mengerti hidup ini perlu meletakkan sepenuh pengharapan pada Allah, sepenuh keikhlasan pada Allah, sepenuh keyakinan pada Allah.

Aku cuba mendalami ilmu AlQuran, tiap kali aku membukanya. Sebak! Sungguh aku ingin membaca isi kandungannya dengan betul seperti mana insan yang lain. Aku cuba dan terus mencuba. Aku menangis dan terus menangis. Aku hanya mampu menghafal dari pendengaran sahaja. Buka dari bacaan.

Sekali lagi aku bangkit dengan azam yang tinggi, semangat yang baru dan berharap akan berjumpa sinar yang akan menyuluh aku ke jalan yang dicari-cari. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk aku mengenal agama Allah. Antara nikmat yang terbesar yang aku perolehi adalah lahir sebagai seorang Islam. Sungguh nikmat yang tak terhingga.

Islam itu letaknya di hati. Di hati orang yang soleh dan solehah.

. . . Ya Allah, Ampunilah kami. Lindungilah kami. Berikan kami Pertunjuk. Berikan Rahmat_Mu kepada kami. Berkatilah dan Redhailah Kehidupan kami. Hidup dan matilah kami dalam Iman. Amin. . .

_Adda 12:03AM

No comments: