Aku Bukan Malaikat

Tarbiah Sentap:
Lelaki yang baru saja berubah - i mean baru berubah jadi lebih islamik - selalunya akan diuji dengan 2 perkara BESAR.

1. Diuji dengan perempuan / cinta.

Bila dah mula pakai jubah kopiah, dah selalu buat ayat islamik, rajin buat dakwah (mula2 di FB), mula rajin jaga solat berjemaah di surau / masjid, aktif di surau / masjid dan seumpamanya, masa tu Syaitan takkan senang duduk dan benci.

Maka masa tu tiba-tiba datanglah beberapa orang perempuan yang suka pada lelaki tu. Di sini keimanan lelaki tu diuji.

Mula2 perempuan tu tanya soalan macam2 (kebanyakkannya tanya soalan yang dia dah tahu jawapan, tapi saja tanya juga). Lepas tu mula sembang2 kosong, dan akhirnya terjatuh.

2. Diuji dengan popular (famous)

Bila dah rajin berdakwah, mestilah jadi "rare". Kena pula jadi public figure, lagilah ramai kenal. Bila dah ramai kenal, maka ramai pula follower dia. Bila dah ramai follower, setiap apa tindakan yang dibuat, status yang ditulis, semuanya orang puji, kagum, respek, share dan seumpamanya.

Lepas tu bila terbuat salah sikit, ramai pula follower back up kesalahan dia. Akhirnya datanglah penyakit hati seperti sombong, riyak, pertahankan kesalahan / dosa, etc. Habis terjatuh juga.

Macam mana pula dengan masa dan harta?

Biasanya lelaki yang baru2 berubah, mereka sanggup sedekahkan hartanya sebanyak mungkin. Dan masa pun banyak digunakan untuk program.

Tetapi apabila terjerat dengan perangkap "cinta/perempuan" dan "popular", masa dan harta akan menjadi fitnah seterusnya pada lelaki tersebut.

Banyak buang masa dengan perempuan, dan banyak berhabis duit pada perempuan.

Banyak berbuang masa dengan popular, dan banyak berhabis duit untuk perkara tak perlu.

***

Begitulah talbis iblis yang berlaku, yang pernah berlaku pada generasi sebelum ini dan akan  berlaku pada generasi mendatang.

Nampak macam cliche, tapi inilah yang ramai orang ambil remeh lalu terjebak juga akhirnya.

Terutama pada mereka yang tak mahu ambil pengajaran. Bila dah terjerat, memang susah nak keluar. Bahkan lebih teruk, kita pertahankan pula salah dan dosa tersebut. Naudzubillah.

Hati2lah dengan talbis iblis (tipu daya iblis). Moga Allah ampunkan dosa2 kita, dan pelihara kita.

#ShukeryAzizan

No comments: