Sabar

Perjalanan hidup ini tidak selalunya indah. Kadang gembira kadang berduka dan hanya kita sahaja mengawal semua itu dengan 'sabar'.

Peritnya menahan sabar hanya kita yang merasai. Memendam dan menjerit di dalam hati, tiada siapa yang tahu. Hanya DIA. Setiap kali aku bersujud padaNya aku sentiasa memohon diberi kekuatan utk terus bersabar.

Tiada batas dan had dalam bersabar.

Kadang diri terlalu lemah. Maka aku bersabar.
Kadang diri terlalu berkehendak. Maka aku bersabar.

Hanya DIA.

Hanya DIA yang memahami segenap isi hati ini. Dan kesabaran yang tersemat sehingga hari ini hanyalah kerana DIA. Dan Hanya kerana DIA.

Alhamdulillah..

No comments: